
|
Strong enough
13 February 2016 • 12:52 PM
Unexpected things;
[Maaf atas kesalahan grammar dan sebagainya.]
Bila semester break, students balik kampung. Cuti. Menghabiskan sisa-sisa cuti at home.
Some of them ada yang habiskan masa travel with friends and family members and others.
Same goes to this girl,
She went home for her semester break, doing girl stuff with her siblings because her siblings semua perempuan. And one day, she went to shopping mall with her sisters. She said to her sister that she's craving for some spaghetti at Pizza Hut. While waiting for the spaghetti, a small group of boys passing through her. Suddenly, one of them came to her, and talked to the girl. He asked the girl like he's know her. Oh ya now she's remembered. He was the guy that work at fos and he also was a friend to her school mate. They don't talk to much because the girl felt awkward. Then, that guy left. Before he left, he asked the girl for her number but the girl refused to give. So he asked for her id for some social apps and this time she give it to him.
End of the semester break, the girl went back to her college. Do the same thing over and over again. Assignment, presentation, project. Know what? She was decided to approve friend request from the guy that she had met before. Days by days, they became friends. And lama-kelamaan they became closer. Who knows the guy that you never expect to have anything to do with you become a large part of your life. Same goes to this girl. By knowing him, she can feel the love.
Happiness. Sadness. Sweetness of love. Excited about all things.
He even introduced her to his family, friends. Oh yes that was the best part. She can feel the effort that he put on the relationship. The way that he appreciated her.
Dalam sesuatu hubungan, akan ada masalah yang kita tak expect langsung akan terjadi. But some how, we have to fight. We have to be strong enough to find out the way. Dan saya sendiri pernah menghadapi masalah yang sama. I just have to stay strong no matter what. I have to fight as long as I can because I don't want to lose now. Not now. I'm not ready.
Always you
29 October 2015 • 10:55 PM
"Ya Allah, aku mohon padaMu sesungguhnya aku amat menyayangi kedua ibu bapaku. Ku mohon padaMu agar lindungilah mereka dari segala musibah. Ya Allah, lancarkan dan permudahkan segala urusan. Amin."
Aku takut. Takut sangat. Takut aku tak cukup kuat untuk semua ini. Ya Allah bantu aku. Bantu ayah untuk harungi semua ini. Aku perlukan ayah lagi. Aku tak sanggup untuk kehilangannya lagi. Tak terucap rasa sedih.
I hope everything's gonna be alright. In shaa Allah. Doakan yang terbaik untuk ayah. Saya sayang ayah sangat. Sayang sampai bila-bila. I still need you ayah. Please don't go. Ayah kena kuat. We will always be here with you ayah ❤
After 6 years
27 October 2015 • 2:27 AM
Hello
Okay, someone had make me to update this blog lah.
Maigad, you know what time now ish.
Sebenarnya dah lama nak updated blog ni but not enough time la bro.
I keep busy doing things. You know lah students life kan.
Mana ada masa em dulu yela banyak sangat masa.
But now, i'll try to updated. Cuba kan juga lah.
JUST FOR YOU.
[my silence reader]
Okay, after 6years.
How time flies, dah 6 tahun bro dah 6 tahun.
Bila baca balik posts yang sebelum ni memang kelakar bro.
Belum termasuk ayat-ayat merepek semua tu.
Ya, betul cakap orang. Pengalaman mendewasakan kita.
Huyo BM padu lak ai.
Weh, dah ah takyah nak baca sangat. Pergi tidur sana.
Kbye.
the comel guy
21 February 2013 • 2:49 AM
heyyy kai lun. ni gambar you dengan I laa.
comel taa comel taa?
hahahaaaaa minat gilaa tengok muka dia.
nampak macam budak baik kann. *tapi hakikatnye memang punn :P
kadang kadang kalau shift keje habis awal, datang jugaa tolong kakak packing gadget kat situ.
merasa pegang barang Apple, Samsung. cehh puii -__-
hahaaa. tapi budak budak yang keje kat bahagian tu semua sempoi jugak laa.
macam baru first kenal dah tego macam daa kenal lame.
quiet hebat jugaa staff kat situ :)
alaaa dorang suka pandang epah macam budak budak je.
wekkkk :P taaa herannn. cehhh!
hahahahaha tapi serius, kenal dengan dorang something new.
yelaa, dorang lagi tua dari epah kann :)
lagipun memang bila dah start keje baru epah kenal dengan orang yang agak berumur dari epah.
kawan dengan dorang quiet best jugaa. taa kurang hebat.
kalau jenis kepala gilaa gilaa memang best laaa.
hahahaah okayy, dah mengantuk.
good night, sweet dream. muahh skit ;)
♬♬♬ twinkle little star #np
cermin diri sendiri dahulu
16 January 2013 • 2:10 PM
heyy guys :) just nak share satu story dengan korang.
renung renungkan, dan selamat beramal.
Seorang doktor bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak ada rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!”
jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamdulillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa sila tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis pembedahan, doktor perlu bergegas untuk balik mengebumikan anaknya.”
Bapa budak tu terdiam.
Manusia biasanya hanya melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….
"Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.. Adakah anda seorang daripadanya? Sama-sama kita renungkan "
just COPY PASTE JE ^^V
tade maksud yang tersirat. harap maklum.
alhamdulillah :)
11 July 2011 • 1:18 PM sejak akhir akhir ni, aku da banyak berubah. *rahmah yang cakap. haha entah laa. aku tanak berubah ke arah kesesatan, aku nak kembali ke jalan-Nya, ya, alhamdulillah.. novel Versus da banyak mengajar aku. thanks too Atirah Wardah sebab bagi bace novel tuh. even banyak bahasa inggeris. haha. surah Ad-Dhuha. suka maknanya. thanks waa :D surah Ad-Dhuha By mid-morning. And the night when it covers. (That) your Lord (OMuhammad) does not leave you, and He does not hate you (as adispleased). And verily the Hereafter is better for you than the present. But Allah will give (the success and happiness in the worldand the hereafter) so yea - is satisfied. Was he not find thee an orphan and it provides protection? And not find you looking for(path), and He gave guidance (with the revelation - the Qur'an)?And He found you poor, and He gave wealth? Thus, the orphanwith harshness not. As for those who ask (help command) so do not be mocked. But the bounty of your Lord, so shall you rehearse(and reveal) to be grateful to Him. translate :) Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi .(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya .Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. about you :)
• 1:35 AM hey. ade satu cite nak share. nak bace tak? oke :) ade satu budak perempuan. dy cantik sangat, comel. peramah juga. tapi ramai yang cakap dy sombong sebab dy tak layan orang yg dy tak kenal. she had a happy family :) dy ade parents yg caring dan adik-bradik yang always ade dgn dy. dy sanggup hilang apa saja demi dorg. satu hari.. dy dapat duduk asrama. ayah dan mak suruh pegi. so, dy dengar cakap parents dy. attitude dy terus berubah sejak skolah situ. akhir tahun form two, dy buat hal. dy fly hostel. and kene tangkap dgn pak guard. bawak jumpe warden, pk hem and last; kene jumpe pengetua. dy buat sume nih ade sebab. sume orang tak kan faham. dy sedih sangat time tuh sebab dapat tau ayah dy kawin lagi.. ayah dy datang untuk sign tukar skolah. dy kene buang asrama. dy menangis, mintak maaf dekat ayah dy. ayah dy cakap, "tapelah.benda dah jadi. ape boleh buat." lepas tuh, dy skolah dekat dgn kawasan rumah dy selama setahun. kputusan PMR dy ta cemerlang mane. dapat 6a je dalam exam. tapi still dapat tawaran lagi. cita-cita dy nak jadi arkitek satu hari nanti. dy nak bantu family dy even family dy dah cukup kaya. dalam diam.... dy ade boyfriend. hebat ta? haha. sape tanak dekat dy. dy hotstuff kot. lelaki ni kira bertuah laa sebab dapat dy. mereka dah janji yang mereka akn hidup bahagia satu hari nanti. pejam celik, pejam celik dah dua tahun dorang bersama. still happy macam dulu. tapi.. satu hari, budak perempuan nih, lately asyik pengsan je. muntah muntah. kepala rasa nak meletup. pegi check doktor, doktor ckap.. "maaf puan, tuan. anak anda menghidap barah otak tahap kritikal" parents dy nangis sangat sangat. ta sangka anak dy ade penyakit kronik macam tu. tapi perempuan tu ta terkejut pun. dy dah tau. just dy ta bagitau parents dy je. sape sape pun tatau. dy ingat na simpan je sampai dy mati. tapi dy tau dy ta boleh sorok selama-lamanya. mr.A, boyfriend dy. dy, kalau boleh tanak mr.A tau. and dy akan simpan rahsia tu sekemas-kemasnya. satu hari.. penyakit dy makin teruk. dy tau, bila bila mase je dy boleh pergi. dy tekad. dy nak buat mr.A tinggalkan dy. dy tanak mr.A sedih bila dy mati nanti.. setiap hari, dy buat mr.A gaduh dgn dy. bengang dgn dy, marah dy. tiap malam dy menangis. tp dy tau, sume tuh untuk kebaikan mr.A juga. hampir sebulan mr.A dgn perempuan tuh tak contact. petang tuh, mr.A dapat call. parents perempuan tu bagitau yg dy dah tade. dy dah pegi tinggalkan mr.A mr.A ta percaya. mr.A menangis dkt situ juga. dy pergi rumah perempuan tuh. parents perempuan tuh suruh mr.A masuk bilik perempuan tu. mr.A masuk, dy nampak satu kotak besar. atas kotak tuh tertulis, "to my beloved hubby, mr.A :)" dy pun buka. dalam kotak tuh penuh dengan surat surat mereka dulu, gambar gambar dorang. dalam kotak tuh juga ade lagi kotak sebesar kotak kasut Hush Puppies. atas kotak tuh ade satu sticky note. tulis, "just for you" dy buka. penuh kotak tuh dengan surat perempuan tu tulis. surat sebulan sebelum perempuan tu tinggalkan dy buat selama-lamanya. dy menangis lagi. tapi tade apa boleh buat. yang pergi, biar kan pergi. kita yang masih hidup perlu teruskan hidup kita. *story ini tade kene mengene antara yg hidup dgn yg mati. sedikit sebanyak adalah daripada hidup saya sendiri. maaf laa kalau ta menarik :) muhd ashraff firdaus :)
25 June 2011 • 10:38 AM hye there. harini na cite pasal acap aus ni. hee best friend maa :) kalau korang ta kenal dy, korang akan cakap dy ni penyangak dalam skolah. perangai teruk la apelaa. and tu lah tanggapan aku yg pertama. first time aku tengok dy, aku takot nak dekat. especially dye dengan XIOU. sumpah seram == tapi lame lame tu.. bende tu jadi lain tau. kalau korang kenal betol betol, dy seorang yang baek. baek sangat. and sangat setia pada cintanya. ta percaya? aku percaya sebab aku kenal dye sape :) dye sangat susah nak suke dekat perempuan laen. tp kalau ade jodoh, tak ke mane kan? haha :D acap, sumpah aku cakap. aku suke kawan dengan kau. kau caring pasal aku. yang aku sakit hari tu pun, kau risau gila pasal aku kan? *tqah dengan tasha yang cakap. and aku appreciate ape yang kau da buat. thanks acap. kau sahabat aku paling baek :) aku takkan lupekan kau. and one more thing, something :)
11 June 2011 • 10:33 PM haeh :D haha. nak tau tak, nak tau tak? ada orang panggil saye BOOBOO. haha. comel bukan? haha. dia kata, saya comel macam booboo. :D AND saya panggil dia ULTRAMAN! comel kan? :D sesuai untuk awak. and gelaran ni khas buat muhammad ayen. thanks beb sebab tenang kan aku malam tuh. sumpah aku sedih gilaa malam tu. rase nak nanges sangat sangat T_T *tapi aku nanges jugak. aku ingat lagi ape kau cakap. kau cakap, 'epah kan da besar. jangan la nanges'. haha. kadang kadang bila ingat balek macam aku ni budak kecik pulak kan? heish. lepas kan tension dengan nyanyi lagu ST12 ngan kau. hujan kot! pastu kau salah kan aku. kau kata suara aku yang buat hujan. ye, tau suara aku sumbang. *touching kejap. kau tak kesah pun aku ganggu kau. aku mintak maaf ea ayen and thanks juga. aku tau banyak luka dalam hati kau. aku paham. aku penah rasa. tapi kau cakap tak.luka aku kecik je. ta mcm kau. luka besar T_T kau suka buat aku sedih kan. kau cakap kat aku, ' epah. kau patut bersyukur la sebab ramai yang nak cakap dengan aku. sebab dorang nak gelak. bila nak gelak, dorang cari aku. tapi aku buat bodo je dgn dorang. tapi dengan kau, aku kene jage hati kau sikit.' aku tanye la, 'kenape?' kau cakap, 'ah. tak payah tanyela.' hm. kau salu ade bila aku sedih and need someone time tuh. bagi aku, kau ibarat SUPERMAN la sebab selalu ada nak selamat kan keadaan. even cara cakap kau kasar, aku tau itu mmg cara kau ckap pun. thanks ayen. lepas ni aku tanak nanges da. AKU KAN DA BESAR :) AND gelaran BARNEY, aku bagi dekat orang yang paling aku sayang, org yg paling berani sbb selalu tinggalkan aku. *perli jap. haha ♥ И лове иоу Амера Сиазван♥ sarang hae! surat cinta for my future husband
07 June 2011 • 5:37 PM Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan. Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku. Kisahnya macam ni; Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone. Aku terus buka mata dan pick up phone aku. "Hello...." Aku menjawab telipon. "Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian. Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat. "You tengah buat apa ni? Tidur ke?" "Erm.. Yer" "Asyik tido je tau. Pemalas." Perh, kerek betul minah ni. "Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number. "Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?" "Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai. "I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan." Aku terdiam berfikir. "Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi." "Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak." Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan. Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok? "Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu. " Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu" Aku diam. Terasa sebenarnya. "Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia. "Buat apa?" "Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you" Selepas dia cakap, terus dia letak phone. Manis betul perangai awek-awek sekarang. So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat. Aku tengok-tengok. Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi. Aku buka dan baca. *Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.* Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat youyang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss. You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea. First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat; "Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat. Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung? Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu. Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you? Dear ONLY you. Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you? Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna. Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung. You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia. Dear my ONLY husband. Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you? Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh. You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah. Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau. Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you? Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu. Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I." *hahaha. thanks MR.OTHER K. you are awesome! surat cinta :D
• 4:28 PM surat untuk future wife(s) Assalamualaikum Kehadapan my future wife(s) So, wahai my future wife(s) I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. My future wife(s), I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin. Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat. My future wife (s), You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem. Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan? I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don’t trust them. Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan hehehe.. ;p haha! lawak kan. aku bace pun terguling guling.hahaha.papepun, tahniah ENCIK SYUKRI. sumpah cerita nih lawak. :D |
INTROOO;
![]() BLOG ARCHIVE; ![]() |